Quantcast
Channel: SantaiD'Rimba
Viewing all 382 articles
Browse latest View live

Buah Delima

$
0
0
Khasiat Buah Delima.

Hari ini, lepas sarapan, periksa benih pokok
delima. Insya Allah, Isnin depan boleh disemai.

Tengahari, nak bergerak ke SDR. Banyak jenis
semaian yang perlu dipantau. Petang, nak beli
buah-tangan untuk besan-besan di Kelantan.
Lusa nak ke sana ziarah cucu dan bawa
pulang barang-barang Fawzan. Syukur
dia telah lulus peperiksaan tahun
ke-3 ke tahun ke-4.

Zaitun masuk ICU (edited)

$
0
0
Pokok Zaitun dalam gambar atas itu mengandung
(kerana ia dicangkuk/tut). Pagi tadi, saya dapatinya
uzur dan beberapa rantingnya mulai layu. Daunnya
juga mulai berguguran. Justeru, ia terpaksa
dirawat segera, rapi serta menyeluruh.

Rawatan, termasuk dengan auxin, cytokinin,
GA dan TE. Mudah-mudahan akan pulih
dalam sehari-dua lagi.

Wow, comelnyer pohon anggur Alphonse Lavallee

$
0
0
Wow, comelnya pohon anggur
Alphonse Lavallee.
Sihat, stabil, segar dan garang. In sya Allah,
mereka akan ditanam di PTL pada minggu hadapan.
Mereka akan bersekedudukan dengan beberapa pohon
kiwi, tin dan zaitun. Dalam perancangan terkini,
pokok-pokok lain hanya berada di SDR sahaja.

Pohon Ground Cherry berbuah lebat

$
0
0
Alhamdulillah, pohon Ground Cherry berbuah
lebat di SDR. Pada dasarnya, hingga tak habis
dimakan. Tak perlu beli dari super market.

Sedikit info ...

Untuk Raya Tahun Hadapan?

$
0
0
Pagi Jumaat. Di PTL. Tanam empat pohon anggur
Alphonse Lavallee. Insya Allah, jika dipanjang
usia akan merasa buahnya pada hari raya puasa
tahun hadapan (bukan tahun ini). Atas ialah
gambar sepohon darinya. Alhamdulillah ...!

Pokok Delima Madu berdaun renik

$
0
0
Semalam, petang Jumaat, ke SDR. Sungguh
gumbira kerana semaian benih delima yang
dibuat pada hari selasa sudah bercambah.
Sebelum bergerak pulang sempat cabut
anak pokok delima semaian 2013 dan
pasukan. Pokok ini daunnya amat
renik seukuran kepala batang
jarum sahaja (gambar atas).
Minggu depan nak pasukan
beberapa pokok lagi.

Anak Pokok Zaitun ke-11, 2014

$
0
0
Lepas Asar, lepak di PTL. Bermesra dengan
tanaman serta tumbuhan. Kemudian, mengubah
sebatang anak pokok Zaitun ke dalam pasu.
Pokok Zaitun ke-11 dalam tahun 2014.

Pokok Tin: Pembelian dan Penghantaran

$
0
0
Ramai peminat Pokok Tin, terutama dari luar
Lembah Klang, minta diadakan sistem penghantaran
secara pos kepada mereka.

Setelah memikir secara teliti dari berbagai aspek,
termasuk hukum syara', maka saya telah membuat suatu
keputusan untuk mengadakan sistem hantaran sendiri
dengan kereta menurut syarat-syarat berikut:

1. Pembelian hendaklah 10 - 15 pokok yang pada
jumlah harga tidak kurang dari RM300.00

2. Kos penghantaran ialah sebanyak RM130.00
di seluruh Semenanjung; dan dengan tambahan
RM60.00 (jumlah RM190) untuk hantaran ke
negeri-negeri Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu, Pulau Pinang dan Johor.

3. Jumlah RM pada syarat-syarat 1 & 2 mesti
dilunasi; dan memberi pembuktian terlabih
dahulu sebelum penghantara dilakukan.

4. Perbincangan dan perundingan hendaklah secara
terus melalui 012 363 5658; dan bukan melalui SMS.

Semoga memberi sedikit kemudahan.

Khasiat Khal Tamar (Cuka Kurma)

$
0
0
Semalam di SDR. Nasrul, seorang cucu kembar, pun
ikut. Hanya buat kerja-kerja tradisional. Pindahkan
semaian pokok kunyit, dalamkan perigi ikan puyu dan
memantau pokok serai. Semua itu mustahak untuk hari
raya puasa dan raya qurban tahun ini. Insya Allah,
saya mulai berpuasa Ramadhan pada 28 Jun. Tahun
ini, kita akan berpuasa genap 30 hari.

Malam tadi tidur awal. Demam panas. Tengah malam
diserang batuk secara bertubi-tubi. 1.25 pagi,
bangun dan makan buah sebagai lapik perut.
Minum cuka kurma dua sudu. Beberapa minit
kemudian batuk terus reda dan sembuh.

Rujuk ke sini ...

Wow .. Lagi Kurma Bebuah Lebat

$
0
0
Wow, semakin jelas yang pokok kurma jika
diurus secara baik, betul dan teliti akan
berbuah dalam masa tidak sampai 36 bulan
dari ia ditanam. Lihat sini ...

Ciku King

$
0
0
Hari ini hanya di PTL. Kemaskini pokok-pokok
Tin dan Zaitun. Semalam, memikir cara perbanyak
semaian benih Zaitun. Mungkin lepas Ramadhan
boleh mulakan. Semoga Allah qabulkan.

Petang nanti nak semai biji Ciku King. Selera
saya amat sukakan buahnya. Kalau membeli harga
sekilo RM10 atau lebih. Dapatlah tiga biji.

Ada orang kata kalau pokok dari semaian biji
tak elok dan lambat berbuah. Itu mungkin benar
pada masa dulu. Kini zaman sains dan teknologi
tinggi. Rasulullah tanam kurma dari biji, tapi
berbuah setahun kemudian.

Lihat sini ...

Taman Pokok Tin dan Pohon Zaitun (Edited)

$
0
0
Gambar atas telah disiarkan pada 9 Julai, 2013.
Sebelah sini kolam ada surau dan sebelah kanannya
ada tambak kosong berukuran kira-kira 50x70 kaki
persegi. Semua itu bersambungan pula dengan dua
buah rumah adik-adik saya.

Tengah hari tadi saya berkunjung ke sini meninjau
keadaan tambak. Kesimpulannya, tambak ini perlukan
tambahan beberapa lori tanah sebelum ia dimajukan.

In sya Allah, setelah itu, tambak ini akan ditanam
dengan beberapa pokok Tin dan pohon Zaitun. Maksudnya,
tambak ini akan dijadikan sebuah Taman Pokok Tin dan
Pohon Zaitun. Semoga Allah qabulkan ...

Pokok Kurma

$
0
0
Siang tadi ke SDR. Kemaskini tapak baru
penempatan anak pokok-pokok dan semaian.
Kira-kira 40% dah siap atau boleh guna.

Kemudian, kemaskini anak pokok berbagai
jenis kurma yang terbiar sejak beberapa
bulan. Hidup mereka mulai terbantut tetapi
belum tenat. Disuntik berbagai hormon,
insya Allah, akan stabil semula.

Wakil Jualan Anak Pokok Tin

$
0
0
Peminat pokok Tin di Pahang dan Terengganu
kini boleh membeli anak-anak pokok tersebut
di Kuantan dari individu berikut:

Encik Sofian: 0139948266; atau
Puan Fatimah: 0145025080.

Selamat menanam Pokok Tin.

Wow, sedapnyerrrrr

$
0
0
Seperti biasa, saya tolong isteri menyedia
makanan untuk anak-cucu pada setiap petang
Ramadhan. Petang ini saya masak tumis daun
kucai dan goreng ikan masin. Isteri sediakan
air minuman dan buah-buahan.

Khasiat Daun Kucai ...

Ubi Pulut dari Indonesia

$
0
0
Semalam, lepas solat subuh terus bergerak
ke SDR. Jam 8.35, siap siram semua semaian.
9.00, bergerak pulang. Bawa balik pucuk ubi
ekor kuda, pucuk ubi putih, pucuk ubi kuning,
pucuk kangkung, jantung pisang dan ubi pulut
berasal dari Indonesia. Wow, alhamdulillah,
mewah rezeki untuk keluarga hari ini.

Pokok Abiu

$
0
0
Ahad, mempasukan sepokok Abiu untuk
pokok Dwarf di PTL. Semoga cepat berbuah.

Isnin, isteri tanam sepokok lagi Abiu di
SDR. Nak tengok, yang mana dulu berbuah.
Apa pun, itu ketentuan mutlaq Allah.

Khasiat Biji Kurma (Edited)

Jus Durian Belanda

$
0
0
Lepas solat subuh terus ke SDR. Jam 8.32 dah
siap pantau dan siram semaian. 8.35 bergerak ke
pasar minggu yang terdekat di kampung. Beli ikan
sepat empat kg. dan ikan puyu satu kg. Selain
buat lauk untuk berbuka nanti, nak dikering
dan dipekasamkan. Sebelum bergerak balik,
sempat petik dua biji durian belanda.

Wow, Kurma Goreng

$
0
0
Sebentar lagi berbuka bersama anak-cucu.
Juadah pun dah siap-sedia. Antaranya, jus
kurma dan kurma goreng. Masakan lain juga
berjenama kurma. Wow, SubhanAllah ...
Viewing all 382 articles
Browse latest View live